
Bekas Perdana Menteri Singapura & Menteri Mentornya Lee Kuan Yew Takut pada bayangan sendiri. Perangsangka buruk pada melayu beragama Islam & Negara jiran diluah dengan melancarkan buku Hard Truths to Keep Singapore Going. Rasa sangsi pada Negara jiran Malaysia & Indonesia akhirnya sampai pada kemuncaknya atau persediaan Kuan Yew bersama penasihat Yahudi Israel sudah bersedia dengan mengistharkan dendam kesumatnya secara terbuka.
Terkepung ditengah antara Malaysia & Indonesia membuat Kuan Yew takut pada bayangan sendiri & mendiskriminasi rakyat berketurunan Melayu Islam. Kerajaan PAP Singapura jelas menonjolkan sikap perkauman, orang Melayu dikecualikan dari menyertai Khidmat Negara (National Service) . Meraka mencurigai kesetiaan Melayu. & membawa kesan pada anak muda Melayu bila memohon pekerjaan. Majikan tidak mengambil pekerja yang tidak mempunyai sijil latihan National Service. Kuan Yew juga secara terangan tidak suka pada orang Melayu mengerjakan solat & meraka dikata tidak proaktif kerana banyak membuang masa.
Datuk Dr Maamor Osman, berkata kontroversi terbaru itu menggambarkan keadaan sebenar Kuan Yew sebagai pemimpin yang sakit jiwa, nyanyuk dan buta sejarah. Beliau merujuk dari kenyataan Kuan Yew yang menggesa umat Islam Singapura supaya tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara. Kuan Yew sebenarnya takut dengan negara jiran terutamanya Malaysia yang semakin pesat membangun & melihatnya sebagai ancaman malah Malaysia, Indonesia akan menjejaskan perniagaan pelabuhan di negara itu.
Kuan Yew sedar perlaksanaan progeram transformasi ekonomi (ETP) Malaysia mula menunjukkan kesan positif. Mata wang Malaysia yang disokong aliran masuk modal dijangka mengukuh & memupuk keyakinan yang lebih tinggi di kalangan para pelabur. MBE juga berjaya merangsang aliran masuk lebih besar Pelaburan Langsung Asing (FDI). Malaysia dilihat sebagai ancaman kepada ekonomi Singapura
Seolah takut pada kebangkitan rumpun melayu , Kuan Yew Sejak 1965 telah membuat persediaan dengan mengunakan penasihat Yahudi Israel, membantu Singapura dalam persediaan sistem keselamata & pertahanan. Singapura berbelanja besar dengan pelbagai peralatan canggih khusus untuk tentera udaranya termasuk skuadron pesawat tempur tentera udaranya & sedia dilengkapi peluru berpandu terkini dari Amerika Syarikat.
Persediaan pertahanan Republik itu dibelanjakan sehingga mencecah RM30 bilion setahun. Skuadron pesawat tempurnya ditempatkan di Australia dan Taiwan dengan persediaan diserang pesawat tempurnya dapat bertindak balas. Singapura juga dilihat membangunkan sistem perisai udara menggunakan teknologi satelit diusahakan Israel “Dome” dari serangan peluru berpandu.
Apa niat sebenar Hard Truths to Keep Singapore Going?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan