Ulasan dan tajuk posting blog tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau NGO, Blog adalah milik peribadi

Jumaat, 28 Januari 2011

Dana Belia 1 Malaysia


PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta. pada peringkat permulaan dana berkenaan akan diberikan dalam tempoh empat hingga enam minggu dan peringkat seterusnya ditentukan kemudian.

Ruang dibuka untuk golongan belia melakukan aktiviti dengan kreativiti & membawa faedah kepada masyarakat setempat. Idea dalam konteks dan nilai-nilai perpaduan bersesuaiaan dengan konsep 1 malaysia amat digalakan & boleh menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti meraka.

PM mencabar belia untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan cadangan yang sebelum ini munngkin di luar kemampuan. Inilah masanya untuk anda melaksanakan Idea, inovatif atau mungkin imaginasi yang dulunya cuba dilakukan.

PM mengharap dana belia 1 Malaysia mampu menonjolkan bakat kepemimpinan generasi muda dari awal yang mana akan menjadi tongak pada kepimpinan Negara. Usaha mendekati golongan belia dengan mencongkil bakat & memperkasakan ciri-ciri golongan pemimpin untuk masa depan Negara.

PM juga berkata, Saya juga masih terbuka dengan idea untuk mendekatkan diri dengan golongan belia dan percaya bahawa dengan menghargai, (ia dapat) memperkasakan golongan ini untuk masa depan. Dana belia 1 Malaysia yang dicetus dari makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun.

Pembiayaan dalam bentuk geran dan bukan pinjaman, ia berbeza dari dana kerajaan yang ada. Pembiayaan 30 hingga 40 peratus dari kos keseluruhan projek atau program berkenaan. Diamanahkan kepada Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau berkata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin akan bertindak sebagai ketua panel bagi menimbangkan cadangan yang dikemukakan sebelum dikemukakan kepadanya untuk kelulusan.

Satu rancangan realiti TV juga akan diwujudkan dengan kerjasama syarikat Media Prima untuk belia dan keputusan dinilai oleh hakim program berkenaan. Antara contoh cadangan yang boleh dikemukakan seperti membabitkan alam sekitar, bantuan kepada golongan miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU). termasuk cadangan kreatif & derma asalkan dalam lingkungan yang mampu dibantu oleh dana berkenaan. Projek atau program perlu berteraskan perpaduan & membawa kesan berganda pada penduduk & diketuai golongan belia.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi e-mail danabelia@1mdb.com.my atau menulis kepada:

Dana Belia 1Malaysia
Aras 8, Menara IMC,
No 8 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Penyertaan Klik

Web Rasmi Dana Belia 1 Malaysia Klik

Tiada ulasan: