Ulasan dan tajuk posting blog tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau NGO, Blog adalah milik peribadi

Sabtu, 15 Disember 2012

Siapa Kita






Antara kita ada yang lupa pada diri dan lupa pada kemampua sendiri , akhirnya menjadi beban pada yang lain. Selesa dengan apa yang ada pada diri membolehkan kita melangkah lebih jauh dari dijangka. Macam kata perpatah mengukur baju biar dibadan sendiri dan cermin diri sebelum membuat keputusan yang memang akan mempengaruh hidup kita. Yakin pada diri dan lupakanlah usaha untuk menjadi yang lain selain diri sendiri.

Buah pauh delima batu 
Buah mengkudu masak tak layu
Ukur baju berpadan gaya
Catur kata berpadan masa

Isnin, 18 April 2011

Semua Tentang Sake

Sejak kebelakangan sering keudara cerita berkait saka, dah semacam satu kejutan untuk kita sedar akan wujudnya saka dalam alam nyata. Saya secara peribadi meragui kewujudan saka dalam alam nyata, dengan cerita yang disiarkan menambah keraguan akan kewujudan saka dalam sifat baik atau buruk.

saya sendiri terjumpa hadis yang mengaitkan saka dengan salasilah hidup Nabi Muuhammad S.A.W seperti berikut, hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

semua yang saya jumpa meragukan dan terus mencari maksud sebenar saka dalam kehidupan, sama ada mendorong kearah kebaikan atau melalaikan keturunan adam & hawa. apa yang saya faham saka tidak menguasai manusia selagi berpegang teguh pada agama dan yakin pada laluan hidup yang dipilih.

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23). Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

Apa pandangan kamu seandainya perlu memilih untuk menentukan hala tuju saka diri yang ada terpendam dalam setiap jiwa. Sama ada kita meragui atau bersetuju, sebenarnya tangungjawab mendidik seawal mungkin boleh mendorong setiap insan atau saka kearah kebaikan seperti hadis tertera. Semuanya tersurat sebagai takdir kehidupan, manusia itu sendiri berhak membuat pilihan & merancang hanya Allah menentukan. pendapat kamu ?